Bertarikh 24-12-2012, projek mendaki gunung Angsi tiba jua,walaupun masih lagi dalam keadaan demam setelah 3 hari MC, tapi perjalanan projek tetap diteruskan memandangkan ia telah dirancang 1 bulan yang lepas.Projek sebagai pemanas badan sebelum mendaki gunung Kinabalu ini mendapat sambutan dari rakan2, seramai 12 peserta mengikuti adventure ini, 6 org dari kinabalu team iaitu aku,wife aku (Izan), Nizam dan wife dia (Sally), Jannah dan Maro, dan 6 orang suppoter anak aku (kak long), Ezati (student UiTM), Mumtaz (pensyarah kolej), Daniel (anak nizam/sally), kentang (teman sekerja ku) dan hakimi (student UiTM). Kami berkumpul di RnR Dengkil pukul 8:00 pagi, jam 8:45 pagi kami bergerak ke Kuala Pilah melalui Senawang..
 |
| berkumpul di RnR Dengkil |
Pukul 10:00 pagi kami sampai di jabatan hutan Ulu Bendul, Kuala Pilah, setelah urusan pendaftaran dgn jabatan hutan selesai kami mula mendaki pada jam 10:30 pagi, bayaran pendaftaran adalah sebanyak rm5 seorang..Trek mendaki di Angsi ini ada 4 step.. Step pertama harus mengikut jalan batang paip.
 |
| laluan step 1 |
Trek 1 adalah landai, mengikut laluan paip sahaja..
 |
| berehat sebentar di laluan 1 |
 |
| pondok pertama sebelum masuk step 2 |
Selepas pondok yang pertama,masuk step ke2 kita perlu mendaki sedikit, tapi tidaklah teruk lagi
 |
| batu besar di trek ke 2 |
Selepas 1 jam perjalanan, kami sampai di tempat rehat kedua di panggil 'kem tangga batu'. Di sini ada pondok kedua yang di sediakan utk menghilangkan lelah.
 |
| kem tangga batu |
 |
| pondok di kem tangga batu |
Kami memulakan perjalanan kembali selepas rehat selama 10 minit, selepas kem tangga batu kita harus meredah anak sungai untuk ke trek seterusnya
 |
| anak sungai selepas kem tangga batu |
Untuk step ke 3, cabaran Angsi mula di rasakan. pendakian mula curam apatah lagi dengan trek yg lembab dan berlumpur selepas hujan..laluan step ni di panggil "LAZY LOG". aku pun tak tau apa maksudnya. laluan ini benar2 menguji aku yg tengah demam...perghh...
 |
| laluan lazy log |
 |
| trek lazy log |
 |
| trek lazy log |
Ketika melintasi laluan lazy log, wife ku terjumpa bekas anak muridnya di SMKBJ yang sama mendaki, ye lah dunia ni kecik, dalam banyak2 tempat dalam hutan gak berjumpa..
 |
| wife ku dan x-studentnya |
penamat kepada step ke 3 dan menuju ke step ke 4, laluan tali sedang menunggu.Selepas 2@3 laluan tali nie treknya sama macam step lazy log..
 |
| laluan tali |
Pada pukul 2:10 petang, akhirnya aku sampai ke puncak Angsi, walaupun aku orang terakhir sampai (demam weh)..rakan ku yang lain ada yang telah sampai jam 12:45 petang kat puncak ni..
 |
| aksi orang demam di puncak |
Di atas puncak ni apalagi ...bergambar je lah sambil menikmati pemandangan bandar Senawang dan Kuala Pilah, apatah lagi dengan cuaca yang baik pada hari itu kesemuanya jelas di lihat dari puncak
 |
| izan dan izati |
 |
| bergambar2 dara dan mak dara pinggitan |
 |
| maro dan hakimi |
 |
| sally dan anaknya daniel (pendaki termuda 11tahun) |
selepas asyik bergambar perut mula keroncong...maklumlah hampir 4 jam mendaki. mulakan aksi2 makan la pulak...emm.
 |
| jom makan |
 |
| sempat lagi masak teh.. |
 |
| geng2 mendaki Angsi (12 orang) |
 |
| geng2 kinabalu 2012 |
Selepas puas bergambar dan makan, kami turun dari puncak jam 2:45 petang, cabaran tali ketika turun sungguh mencabar..
 |
| ketika turun |
 |
| adik daniel di bantu oleh kentang |
Dalam perjalanan balik, kami berhenti seketika sebelum sampai kem tangga batu untuk mandi-manda di anak sungai..
 |
| bestnya berendam |
Pukul 5:30 petang kami sampai di jabatan hutan dan mula mencucikan diri sebelum berangkat pulang
 |
| jeram Ulu Bendul |
Untuk Info kepada kawan2..pendakian di sini tidak di benarkan bermalam, oleh itu pendaki harus kembali sebelum pukul 6 petang, sebab nya anak sungai disini boleh menyebabkan KEPALA AIR jika hujan lebat. seperti gambar di atas ia telah meragut nyawa 3 beradik yg di hanyutkan kepala air baru2 ini..