Gunung Nuang

Pendakian Gunung Nuang pd 17/18 Sept 2011


Bergambar Sebelum Mendaki
Pada 17&18 sept 2011 aku, Izwan, Jannah, Atikah dan fasilitator kami, Abg Rahmat dan isteri dari ATM memulakan perjalanan mendaki Gunung Nuang sekitar jam 3 petang.

Di pintu gerbang menunjukkan ketinggian Nuang- 1495m dr aras laut.

Peta Trek pendakian Gunung Nuang
 Trek pertama, mesti melalui jalan Balak sehingga ke Kem Lolo Bawah.

Laluan Balak. tengoklah pohon2 buluhnya yang besar.

Melintasi perkampungan Orang Asli

Pondok untuk melepaskan lelah. Kesemuanya ada 5
Sampai di Lolo Bawah lebih krg jam 5.30 ptg. Kami terpaksa menghentikan perjalanan kerana hujan turun dgn lebatnya. Terpaksa mendirikan khemah dan bermalam...

Masakla ape saje...
7.00 pg 18/9/2011- memulakan kembali perjalanan dan Tiba di Kem Lolo Atas lebih kurang pd jam 8.00 pg dan terus saje ke Kem Pacat. Trek ke kem Pacat agak mencabar kerana hujan turun semalaman.

Huu~ Tapak kasut Ika tercabut akibat trek yang lembab dan berlumpur

Trek dr Lolo ke Kem Pacat

Trek dari Lolo ke Kem Pacat

Aku di Kem Pacat... Peace
Meneruskan kembali pendakian ke puncak. Di sini, seorang dari kami, Ika, tidak dapat meneruskan perjalanan kerana kecederaan di kaki setelah terpaksa berkaki ayam berikutan tapak kasutnya tercabut... Izwan terpaksa menemani Ika di Kem pacat sekali gus tidak dapat meneruskan pendakian.

Abang Mat menunjukkan skill memanjat pokok tumbang Trek ke Puncak

Puncak Pengasih. Sebelum sampai ke Puncak Nuang
Jam 1.30 ptg 18/9/2011- Akhirnya Puncak Nuang telah dapat ku TAWAN!!!

Bergambar bersama rakan2 di Puncak Gunung

Janda Baik melalui Puncak Gunung Nuang

Aku di Puncak Gunung Nuang...Oh YEAH :D

No comments:

Post a Comment