Wednesday, 4 January 2012

Gunung Datuk

1 Januari 2012, perancangan untuk mendaki gunung Datuk di Rembau berjalan seperti biasa walaupun perancangan hanya dibuat 1 minggu sebelum tarikhnya. Kali ini aku bertolak ke Rembau dari Pahang kerana menjemput jiran di rumah mertua ku yang ingin turut serta. jam 6:00 pagi kami bertolak dan berjanji berjumpa dengan member dari Shah Alam di persimpangan Wet Worl Pedas jam 9:00 pagi, kami sampai di  Jabatan hutan gunung Datuk pada pukul 10:30 pagi setelah sesat mencari persimpangan ke gunung Datuk ni, ini disebabkan oleh jalan masuk yg kecil dan di halang oleh bas persiaran . Ekpedisi kali ini diikuti oleh 4 orang geng mt kinabalu team 2012 iaitu aku, wife ku, Maro dan Noriza. Diikuti oleh 5 orang, termasuk anak jiran mertuaku Edi (juruteknik AirAsia) dan isterinya Malar (planner designer), Samsuri ( site supervisor), Sidi (interior designer) dan Intan (arkitek)..

Sebelum mendaki, kita kena mendaftar dahulu dengan jabatan hutan dan bayaran sebanyak rm5 seorang dikenakan. Pada jam 10:45 pagi kami mula mendaki..
persedian sebelum mendaki

jabatan hutan gunung Datuk
Trek mendaki gunung Datuk lain daripada gunung yang pernah ku daki seperti Angsi dan Nuang, kerana Gunung Datuk treknya terus sahaja mendaki dengan kecerunan yang sama seperti kem pacat ke puncak pengasih di Nuang. Dimana tiada jalan landai dahulu. Pendakian ini memang memeritkan kerana harus mengikuti akar2 kayu dan batu.
permulaan pendakian

trek akar kayu

aku melepaskan lelah setelah mengharungi trek pertama
Setelah trek yang memeritkan, ada satu tempat lapang untuk melepaskan lelah pendaki2, dan selepas itu pendakian mula senang sedikit dengan mengikuti trek tanah merah dan kurang kecuramannya..
trek ke2 
Kami sampai ke puncak pada pukul 12:45 petang, hanya 2 jam sahaja. Walaupun gunung Datuk (870m dari aras laut) lebih tinggi dari gunung Angsi (825m dari aras laut) tetapi pendakian nya lebih menjimatkan masa tanpa perlu mengikuti jalan landai..Sebelum ke puncak harus menaiki laluan batu dengan menggunakan tangga yang di sediakan.
laluan tangga sebelum ke puncak
Pemandangan dari atas puncak sungguh menarik, apatah lagi dengan keadaan cuaca yang sungguh terik, kita boleh lihat pekan Rembau dari atas.
pemandangan di atas puncak Datuk
Apalagi kalau dah sampai puncak tu bab2 bergambar tak boleh ditinggalkan.. bergambar sakan lah kami
bergambar di puncak 

mem ku, Malar dan Edi

Samsuri, Noriza dan Intan 

'mem' ku tak lepaskan peluang bergaya di puncak

geng2 ekpedisi Mt Datuk (9 orang)

aku di puncak... he he
Di puncak gunung Datuk ni, ada satu lubang yang menyerupai tapak kaki, dari cerita2 yang di dengar ini adalah tapak kaki Hang Tuah, betul atau tidak terpulang pada korang lah yer...
tapak kaki Hang Tuah
Selepas puas melepak dan bergambar, kami turun ke bawah bukit2 batu untuk makan tengahari, di sini ada tempat lapang yang disediakan, juga boleh berkhemah jika mahu..
kita makan dulu
Pada jam 2:00 petang kami turun dari puncak..
geng2 perempuan XPDC Datuk
Ketika perjalanan turun kami terserempak dengan seorang Uncle yang sedang berehat dari pendakian, uncle tersebut mengalami kekejangan kaki, jadi beliau bercadang untuk turun dan membatalkan pendakian. jadi, Noriza menawarkan diri untuk menolong dan mengikuti Uncle tersebut hingga ke bawah
uncle yang kekejangan kaki
Bila memasuki kembali trek 1, perjalanan kembali sukar dengan akar kayu dan batu, apatah lagi pada ku yang menggunakan kasut menoreh..ha ha...padan muka beli kasut mahal2 simpan untuk kinabalu jer.
laluan akar kayu
Jam 3:30 petang kami sampai di jabatan hutan...Bye-bye Gunung Datuk next time kitaorang panjat lagi InsyaAllah....
bergambar dulu sebelum balik
Sebelum pulang kami singgah dulu di 'Leman Dawi Cendol' di Senawang, terhibur dengan tokeynya Sulaiman Dawi yang pandai berceloteh dan serba tahu.

No comments:

Post a Comment